24 Oktober 2024 – Seramai 23 peserta dalam kalangan kakitangan YAWATIM telah berjaya menamatkan Bengkel Pemasaran YAWATIM 2024/2025 yang telah diadakan di Rock Garden & Himalaya Camping Resort, Malaysia . Selama 3 hari 2 malam semua peserta dihidangkan dengan pelbagai bentuk pengisian bagi mempersiapkan segala ilmu, cabaran dan strategi berkaitan dengan misi dan visi YAWATIM.


Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk membangunkan strategi pemasaran YAWATIM bagi tahun 2024/2025. Bengkel ini memberi fokus kepada aspek pemasaran dengan membuat penelitian terhadap pencapaian Pengurus Negeri dan HQ dalam merancang dan melaksanaan aktiviti pemasaran yang lebih agresif dan berkesan. Program ini turut dibantu oleh HES Global Solutions untuk membimbing peserta dengan beberapa pendekatan yang diberikan sepanjang program. Melalui program ini juga para peserta turut ditiupkan dengan elemen roh waqaf dan ilmu pengetahuan mengenai waqaf yang disampaikan oleh Dr. Razali Othman yang berpengalaman luas dalam bidang waqaf. Akhir program ini diselitkan juga aktiviti team building bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.
Bengkel yang diadakan selama dua hari ini telah dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif YAWATIM, YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor dan Timbalan Pengerusi Eksekutif YAWATIM I, Dr Hj Mazlan Ahmad dan Timbalan Pengerusi Eksekutif YAWATIM II, Dato’ Haji Bedolah Bin Botok.


Bengkel ini dilihat dapat menyemarakkan semangat para kakitangan YAWATIM menjalankan tanggungjawabmasing-masing sekaligus mampu mendorong mereka untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.