YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Wakalah oleh PHB Asset Management Berhad

23 Januari 2025 (Khamis), satu majlis telah diadakan di Kompleks RPWP Abim, Kampung Sungai Ramal, Kajang, di mana YAWATIM telah menerima sumbangan Zakat Wakalah daripada PHB Asset Management Berhad.

YAWATIM diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor, yang menerima mock up cek sumbangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif PHB Asset Management Berhad, YBrs. En. Zulkifli Ishak. Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Encik Mukhsar Yahya, Pengurus Besar Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP).

Pada hari yang sama juga telah berlangsungnya upacara simbolik penyerahan mock up cek dari PHB Asset Management kepada YAWATIM disaksikan oleh para Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perundingan Melayu (MPM) bertempat di Wisma MPM, Kuala Lumpur. Upacara ini adalah simbolik kepada usahasama MPM yang juga Wakalah Korporat YAWATIM yang turut sama membantu  membangunkan dana untuk pendidikan anak-anak yatim.

YAWATIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PHB Asset Management Berhad dan PPZ-MAIWP serta MPM atas keprihatinan serta sokongan berterusan kepada pelajar-pelajar anak yatim dan asnaf di bawah naungan Peyatim Malaysia . Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk memperkasa pendidikan anak-anak yatim dan miskin, selaras dengan visi dan misi kami.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama menyokong agenda kebajikan masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *