YAWATIM

Berita & Aktiviti

Pembukaan Kaunter Waqaf YAWATIM Di Program Bulan Wakaf, Zakat & Sadakah BSN 2025

14 Mac 2025 – Hari ini, YAWATIM berkesempatan menyertai Program Bulan Wakaf, Zakat dan Sadaqah BSN 2025 dengan membuka kaunter waqaf di Lobi Wisma BSN, Jalan Ampang.

Pihak YAWATIM bersyukur dapat berkongsi peluang kebaikan bersama kakitangan BSN untuk berwaqaf dan berinfaq di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berwaqaf dan menyumbang untuk pembangunan pendidikan anak-anak yatim dan asnaf.

Semoga setiap waqaf dan infaq yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *