YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Iftar Anak Yatim & Miskin PEYATIM 2025

24 Mac 2025, Isnin – Satu majlis penuh keberkatan telah berlangsung di Rumah Anak Yatim Permata Camar, Kuantan, Pahang, di mana seramai 140 anak yatim disantuni dalam suasana penuh kasih sayang. Majlis ini bukan sahaja mempertemukan mereka dalam iftar bersama, tetapi juga menyaksikan penyampaian sumbangan duit raya, hasil keprihatinan masyarakat dan syarikat-syarikat korporat.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Setiausaha Agung PEYATIM, Dato’ Haji Bedolah bin Botok, yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM, serta Dr. Haji Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM dan YH Dato’ MD Ali bin Yusoh Tim.  YDP Pekaya Pahang. Kehadiran mereka melambangkan komitmen PEYATIM & YAWATIM serta Ahli Gabungan PEYATIM dalam memastikan kebajikan anak-anak yatim terus terbela.

Majlis anjuran PEYATIM dan YAWATIM ini bakal dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar rasmi bagi meraikan anak-anak yatim di bawah ahli gabungan PEYATIM. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan jawantankuasa yang terlibat yang telah menjayakan program ini. Semoga Allah SWT melipatgandakan rezeki dan keberkatan buat kita semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *