YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Menandatangani MOU dan Pelantikan PERBEKAS Sebagai Waqalah Korporat YAWATIM

19 April 2025 – Termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara YAWATIM dan PERBEKAS, bertempat di Kelab Shah Alam sempena Majlis Reunion Mesra Aidilfitri anjuran PERBEKAS.

MoU ini telah ditandatangani oleh Dr. Haji Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM, mewakili pihak YAWATIM dan Dato’ Haji Abd Rahman, Presiden PERBEKAS, mewakili PERBEKAS. Dalam majlis ini juga turut diadakan simbolik penyerahan mockup sijil pelantikan PERBEKAS sebagai Waqalah Korporat YAWATIM, menandakan komitmen bersama dalam usaha membangunkan pendidikan anak-anak yatim dan miskin di bawah naungan PEYATIM.

Majlis ini turut dihadiri Dato’ Haji Bedolah Botok yang menjadi saksi kepada upacara menandatangani MoU tersebut. Seramai lebih 200 bekas pegawai kastam hadir memeriahkan majlis, sambil beramah mesra dalam suasana penuh kemeriahan sempena sambutan Aidilfitri, di samping menyempurnakan ibadah waqaf.

Kerjasama strategik ini mencerminkan hasrat bersama untuk memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim. Semoga usaha murni ini menjadi asbab keberkatan dan kebaikan yang melimpah ruah, insya-Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *