9 Mei 2025 – Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan di Pejabat Persatuan Alumni UPM antara YAWATIM & PEYATIM bersama barisan pimpinan utama Alumni UPM, termasuk Dato’ Raihan Sharif (Presiden) dan Dato’ Syed Abd Rahman (Timb. Presiden) serta Tuan Haji Wan Ali bin Wan Ab. Rahman, Pengurus Persatuan Alumni UPM.


YAWATIM diketuai oleh YM Prof. Dato’ Dr. Hj Tengku Mahmud Mansor, bersama pengurusan kanan YAWATIM.
Antara agenda yang dibincangkan:
1) Peluang pendidikan untuk anak-anak yatim & B40 ke UCB
2) Kerjasama tenaga pakar & program latihan bersama alumni
3) Cadangan pelantikan Alumni UPM sebagai Wakalah Korporat YAWATIM
4) Promosi wakaf & inisiatif pembangunan komuniti secara bersama
Perbincangan ini membuka ruang sinergi baharu antara institusi kebajikan PEYATIM & YAWATIM melalui pembangunan pendidikan inklusif dan kebajikan anak yatim dengan jaringan profesional Alumni UPM.
