
28 Ogos 2025 – YAWATIM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bagi membincangkan potensi kerjasama melalui pembangunan pendidikan secara digital yang disasarkan kepada anak-anak yatim di bawah Ahli Gabungan PEYATIM.
Kerjasama ini akan direalisasikan melalui platform digital Go-Learning, yang menekankan konsep “virtual classroom” sebagai medium pembelajaran moden dan interaktif. Inisiatif ini bertujuan memastikan anak-anak yatim mendapat akses pendidikan berkualiti.
Kehadiran daripada pihak Yayasan Wakaf Malaysia telah disambut oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM, Dato’ Haji Bedolah Bin Botok, serta Hajah Esah @ Rabiah Binti Md Salleh (Ahli Lembaga Amanah YAWATIM) bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) YAWATIM, En. Ahmad Iskandar Bin Mohd. Yussof.
Bagi pihak YAWATIM, kami amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap agar kerjasama yang dibincangkan dapat direalisasikan demi manfaat pendidikan anak-anak yatim.