
11 Jun 2026 – Sesi Taklimat YAWATIM bersama kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu telah berlangsung di bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu adalah bertujuan memberi penerangan berkaitan inisiatif penjualan Tanah Wakaf YAWATIM bagi menjana dana pendidikan anak-anak yatim dan keluarga miskin di bawah naungan PEYATIM.
Sesi ini turut mengetengahkan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang berupaya menyumbang kepada kelangsungan pendidikan, kebajikan dan masa depan golongan yang memerlukan. Melalui usaha ini, masyarakat diberi peluang untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan modal insan serta membantu membuka lebih banyak ruang pendidikan kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu atas kesudian menerima kunjungan dan memberikan ruang bagi sesi perkongsian ini. Terima kasih juga kepada semua warga PPD Kuala Terengganu yang hadir serta memberikan komitmen dan perhatian sepanjang taklimat berlangsung.
Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan dan sokongan berterusan daripada masyarakat demi memastikan lebih ramai anak-anak yatim dan miskin dapat menikmati peluang pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.

