YAWATIM

Berita & Aktiviti

Mesyuarat Majlis Tertinggi PEYATIM Kali Ke-42 (Sesi 2025-2028)

6 Ogos 2026 – Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PEYATIM Kali Ke-42 (Sesi 2025–2028) yang berlangsung di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Anjung Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini menghimpunkan barisan kepimpinan serta perwakilan daripada Ahli Gabungan PEYATIM dari seluruh negara bagi membincangkan pelbagai agenda strategik berkaitan pembangunan organisasi, kebajikan anak yatim dan miskin, serta hala tuju program dan inisiatif PEYATIM.

Platform ini turut menjadi medan untuk memperkukuh kerjasama, menyelaras perancangan, serta berkongsi pandangan dan cadangan demi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan terus memberi impak positif kepada anak-anak yatim dan miskin di seluruh Malaysia.

Semoga segala keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan PEYATIM dalam meneruskan amanah dan komitmen membangunkan generasi anak yatim yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *