YAWATIM

Berita & Aktiviti

β€œπ‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŸπŸŽπŸπŸ”β€ Setiap Langkah Membawa Harapan

20 September 2026 – Larian Amal Langkah Kasih 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, dengan penyertaan kira-kira 1,500 peserta, termasuk anak-anak yatim daripada ahli gabungan PEYATIM dari seluruh negara.

Acara dimulakan dengan ketibaan para peserta sebelum sesi flag off pada jam 7.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Presiden PEYATIM Malaysia, YM Prof. Dato’ Dr. Hj. Tengku Mahmud Mansor, bersama Datuk Haji Mohamad bin Mahmood, Pengerusi Program Langkah Kasih 2026, serta turut dihadiri oleh para penaja utama dan rakan strategik program.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Naib-Naib Presiden PEYATIM, Setiausaha Agung PEYATIM, Dato’ Bedolah bin Botok, serta Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM, Prof. Datuk Dr. Haji Mazlan in Ahmad, selain barisan kepimpinan, wakil ahli gabungan dan para petugas program.

Program berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian termasuk penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, anak-anak yatim, penaja, rakan strategik, sukarelawan, petugas serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan Langkah Kasih 2026.

Sesungguhnya, setiap langkah yang dilalui hari ini membawa bersama kasih, harapan dan masa depan yang lebih baik buat anak-anak yatim.

Terima kasih kerana melangkah bersama PEYATIM.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *