


14 Oktober 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), atas pengiktirafan anugerah “Leaders of the Decade” sempena Annual Women Economic Forum (WEF) & G100 Global Meet 2026.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertempat di International Youth Centre (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. Majlis penyampaian anugerah tersebut turut disaksikan oleh Datin Dr. (H.C.) Hajah Hartini binti Osman, Presiden Women Economic Forum (WEF) ASEAN merangkap Presiden Global G100 Club bagi tahun 2026.


Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap kepimpinan, pencapaian dan komitmen beliau dalam bidang kebajikan sosial khususnya serta pemerkasaan komuniti.
Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan usaha memperkukuh kebajikan dan pendidikan demi masa depan anak-anak yatim di Malaysia.