11 Nov 2023 – Seramai 15 Pelajar Kolej Teknologi Bestari (KTB) Cawangan Ampang telah terpilih menerima Bantuan Kewangan sebanyak RM 1,000 bagi setiap pelajar daripada Yayasan Taqwa-MAIWP. Majlis simbolik penyerahan wang sumbangan tersebut telah dibuat di bilik Mesyuarat PEYATIM dan diserahkan oleh President PEYATIM kepada pelajar-pelajar KTB yang menerima bantuan.
Bantuan yang diterima ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelatih KTB. PEYATIM Group sangat menghargai sumbangan dari Yayasan Taqwa-MAIWP.



