24 Jan 2024 – YAWATIM telah menganjurkan Bengkel Pemasaran YAWATIM 2024 selama dua hari di Ibu Pejabat YAWATIM di Ampang, Selangor. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini telah dihadiri oleh Presiden PEYATIM YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor dan Timbalan Pengerusi Eksekutif YAWATIM I, Dr Haji Mazlan Haji Ahmad yang turut sama memberi sokongan sepanjang bengkel ini berlangsung.


Bengkel ini diadakan bagi merencana strategi pemasaran YAWATIM bagi tahun 2024 dengan kehadiran semua Pengurus Negeri. Setiap Pengurus Negeri turut membentangkan strategi pemasaran masing-masing bagi memperluaskan lagi aktiviti mempromosikan Waqaf PEYATIM dan menjenamakan PEYATIM Group agar dikenali umum.
Semoga setiap perjuangan dalam membangunkan pendidikan anak-anak yatim ini memperoleh keredhaan Allah SWT.

