YAWATIM

Berita & Aktiviti

Aktiviti

Kunjungan Hormat Menemui Ceo Yayasan Waqaf Malaysia [ YWM ]

16 Ogos 2022 – YAWATIM mengadakan kunjungan hormat menemui YBrs Professor Dr Amir Shaharudin, CEO Yayasan Waqaf Malaysia [ YWM ] & Timbalannya, YBrs Encik Abdul Halim Mat Yusop di Putrajaya. Wakil dari YAWATIM yang hadir ialah Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, CEO YAWATIM, Tuan Yun Hanimi Haji Yunus, Setiausaha  Agung PEYATIM dan Encik …

Kunjungan Hormat Menemui Ceo Yayasan Waqaf Malaysia [ YWM ] Baca Seterusnya »

Forum YATIM Asean Kali Ke-10

11 Ogos 2022 – Bertempat di Dewan Teater, University College Bestari (UCB), berlangsungnya Forum Yatim Asean kali ke-10. Forum ini dihadiri oleh para Delegasi ASEAN yang terdiri daripada Negara Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Filipina, dan Malaysia sebagai tuan rumah. Forum ini bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara  semua ahli Yatim Asean.

Upacara Pecah Tanah & Peletakan Batu Asas Masjid Otai @ TRA

10 Ogos 2022 – Hari ini berlangsungnya satu program Upacara Pecah Tanah dan Peletakan Batu Asas Masjid Otai, di tapak Projek Taman Rimba ASEAN [ TRA ] Mukim Jengal, Dungun , Terengganu. Projek pembangunan Taman Rimba ASEAN [ TRA ] ini adalah satu inisiatif dan daya usaha bersama di antara PEYATIM Malaysia, PERKAYA dan University …

Upacara Pecah Tanah & Peletakan Batu Asas Masjid Otai @ TRA Baca Seterusnya »

PERSIAPAN UNTUK MAJLIS @ TRA

8 Ogos 2022 – Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, CEO YAWATIM membuat kunjungan ke Tapak Projek TRA @ Kuala Jengal, Dungun Terengganu bagi menguruskan persiapan Majlis Pecah Tanah & Perletakan Batu Asas Masjid OTAI Group @ TRA yang akan berlangsung pada 11 Ogos 2022. Semasa persiapan dibuat, kami dikunjungi oleh Sarjan Mejar Shaari, Ketua …

PERSIAPAN UNTUK MAJLIS @ TRA Baca Seterusnya »

Aktiviti Promosi Waqaf PEYATIM Di Pejabat Pos Pulau Pinang

2 Ogos 2022 – Pengurus Negeri Pulau Pinang, En Muhd Azlan Yusof melaksanakan aktiviti promosi Waqaf PEYATIM di Cawangan Pos Malaysia Pulau Pinang dengan membuat serahan tabung waqaf tambahan sebagai cenderahati kepada pewaqaf di Pejabat Pos. Terima Kasih kepada semua staf Pos Malaysia di Pulau Pinang di atas sokongan kepada Waqaf PEYATIM.

Tinjauan ke Tapak Majlis Peletakan Batu Asas Masjid OTAI @ TRA

2 Ogos 2022 – Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, CEO YAWATIM melakukan tinjauan ke tapak Majlis Peletakan Batu Asas Masjid OTAI @ TRA sebagai persediaan awal. Turut hadir semasa tinjauan ini ialah Naib Pengerusi Sahabat PEYATIM Terengganu, Encik Muhammad Faizal bin Mohd serta Pengurus Negeri Terengganu, Puan Noridayati bin Rezali

Program di Rumah Anak Yatim Darhikmah Gopeng, Perak

30 Julai 2022 – Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, CEO YAWATIM telah mengadakan program di Rumah Anak Yatim Darhikmah Gopeng, Perak. Turut hadir di dalam program tersebut adalah dari OTAI Group. Program ini dijayakan dengan kerjasama kuat dari En Abdul Wahadi, Pengerusi Penyelaras Perak dan Pengurus Negeri Perak, Puan Khairunnisa binti Mohamad Idris.

Lawatan Pihak Bank Islam ke Asrama Gabungan PEYATIM Negeri Perak

28 Julai 2022- Pengurus Negeri Perak, Puan Khairunnisa binti Mohamad Idris menerima lawatan daripada pihak Bank Islam. Lawatan ini dibuat ke 4 buah asrama dan pertubuhan di bawah Gabungan PEYATIM Negeri Perak bagi menjalani sesi photografi terhadap kerosakan pada rumah dan asrama anak yatim bagi proses pembaikan yang mana ditaja oleh pihak Bank Islam. Turut …

Lawatan Pihak Bank Islam ke Asrama Gabungan PEYATIM Negeri Perak Baca Seterusnya »