YAWATIM

Berita & Aktiviti

Iftar Bersama Pengerusi Sahabat PEYATIM Pahang

25 April 2022 – Pengerusi Sahabat PEYATIM Pahang, Encik Mohd Fadzlei Mubin telah menganjurkan majlis iftar di Kuantan, Pahang. Majlis ini dianjurkan oleh FIKRAH Pahang ( Media Penerangan UMNO Pahang Encik Mohd Fadzlei Mubin merupakan Setiusaha Penerangan UMNO Negeri Pahang & Penerbit Eksekutif Fikrah Pahang.

Fikrah Pahang adalah merupakan Rakan Strategik Media & Penerangan kepada PEYATIM Group di Pahang. Dalam majlis iftar tersebut, turut dijemput beberapa orang wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Pahang ( PEKAYA ) serta wakil dari rumah-rumah dan asrama anak yatim dibawah PEYATIM untuk turut hadir bersama.

Dalam majlis ini juga, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan telah menyerahkan Hamper Hari Raya kepada wakil-wakil rumah anak yatim yang hadir. Hamper ini adalah sumbangan dari Para Sahabat PEYATIM dibawah Program Infaq Ramadan Sahabat PEYATIM. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Pengurus Negeri Pahang Puan Hayati Asmuni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *