

13 Mac 2023 – Aktiviti YAWATIM mempromosikan waqaf PEYATIM serta IPT di bawah PEYATIM iaitu UCB, KTB & IKB dalam Program Latihan ESQ sepanjang 3 hari di SACC Shah Alam, Selangor.
CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan berkesempatan membuat perkongsian bersama peserta ESQ Angkatan 124 di SACC Shah Alam, Selangor semalam. Kira-kira 300 orang peserta yang hadir turut mendengar perkongsian mengenai perkembangan dan aktiviti yang dijalankan oleh PEYATIM dan organisasi di bawah PEYATIM.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada team ESQ 165 Malaysia dan peserta yang hadir dengan memberi kerjasama yang baik dan para peserta yang turut sama menyumbang dan mendaftar sebagai Ahli Sahabat PEYATIM.
ESQ 165 Malaysia adalah merupakan salah satu Rakan Strategik PEYATIM yang kini sedang giat membantu membangunkan dana untuk pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

