YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kerjasama Strategik YAWATIM & KOPUJA Berganding Bahu Memperkasakan Pendidikan Anak Yatim & Miskin

12 Mac 2025 – YAWATIM terus komited dalam memperkasa pendidikan anak yatim dan miskin melalui jalinan kerjasama yang strategik. Terbaharu, satu perbincangan telah diadakan antara YAWATIM dan Koperasi Usahawan Jaya Malaysia Berhad (KOPUJA) bagi membentuk sinergi dalam membangunkan institusi pendidikan tinggi (IPT) yang ditubuhkan oleh PEYATIM.

KOPUJA menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam usaha ini dengan memberikan sokongan dalam aspek pembangunan pendidikan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang bakal memberi manfaat jangka panjang kepada anak-anak yatim dan anak B40 di bawa PEYATIM.

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang pendidikan berkualiti serta meningkatkan akses kepada ilmu dan kemahiran yang diperlukan demi masa depan yang lebih cerah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *