27 Julai 2022 – YAWATIM amat berbesar hati menerima kunjungan En. Puarsuha Razak & Puan Che Embun, Pengurus-Pengurus dari Yayasan Pelajaran MARA [ YPM ]. YAWATIM diketuai oleh CEO YAWATIM iaitu Datuk Haji Abdul Rahim Hassan menyambut baik kunjungan tersebut.
Pertemuan tersebut membincangkan mengenai Kolaborasi Strategik di antara YAWATIM & YPM yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi ini. Semoga Allah permudahkan. Insya Allah.
