YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Hormat Al-Bayan Global Sdn. Bhd. Ke YAWATIM

9 Jan 2023 – YAWATIM menerima kunjungan hormat daripada Al-Bayan Global Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Pengasas dan Pengarah Al-Bayan Global Sdn. Bhd. iaitu Ustaz Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan dan Encik Samir Mustaffa, Penerbit Eksekutif serta wakil pihak pengurusan.

CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan    sangat berbesar hati menerima kunjungan tersebut kerana banyak perkara yang bermanfaat dibincangkan. Agenda yang dibincangkan adalah meliputi aspek aktiviti promosi bagi memperkasakan lagi pembangunan dana untuk pendidikan anak-anak yatim.

Ustaz Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan juga merupakan Sahabat PEYATIM yang sangat proaktif dan sering membantu PEYATIM & YAWATIM melalui kepakaran dan pengaruh beliau dalam usaha untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

Semoga kerjasama yang dijalinkan bersama ini  dirahmati Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *