3 November 2022 – CEO YAWATIM Datuk Haji Abdul Rahim Hassan telah mengadakan satu kunjungan hormat menemui En. Razlee Hassan yang merupakan Pengurus Kanan, East Coast Economic Region Development Council [ ECER ] Pejabat Wilayah Terengganu di Kuala Terengganu.


Dalam pertemuan tersebut turut dihadiri oleh En. Azwan Narwizan iaitu Pengurus ECER Terengganu. Pertemuan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada pihak ECER tentang Projek TRA di Kuala Jengal, Dungun, Terengganu.
Diharapkan pertemuan dua hala ini mendapat manfaat untuk kepentingan anak-anak yatim dan anak-anak miskin pada masa akan datang sama ada di Malaysia mahupun peringkat ASEAN.