24 Sep 2023 – YAWATIM mengadakan sesi kunjungan hormat dan perbincangan ke Pos Malaysia Negeri Terengganu. Menjadi tradisi YAWATIM mengadakan kunjungan hormat menemui pengurusan Pos Malaysia negeri-negeri bagi mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama.



Kunjungan ini dijalankan bagi memberi taklimat kepada pengurusan baharu Pos Malaysia negeri Terengganu khususnya Channel Retail Manager, En. Farriz Bin Ghazali yang baru dilantik.Taklimat diberikan oleh En. Ahmad Iskandar, COO YAWATIM.
Turut diadakan sesi lawatan ke pejabat-pejabat pos sekitar negeri Terengganu bagi mendapatkan maklumat dan cadangan atau penambahbaikan dari pegawai pos cawangan yang sentiasa memberi komitmen dalam membangunkan dana pendidikan anak-anak yatim.
Semoga kerjasama dan ukhuwah ini sentiasa dirahmati Allah SWT dalam usaha membantu pembangunan pendidikan anak-anak yatim dan anak miskin di bawah PEYATIM.