24 Julai 2023 – Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Eksekutif YAWATIM, YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor bersama YBrs. Tuan Yun Hanimi Haji Yunus, Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM telah mengadakan kunjungan hormat menemui YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd hari ini di Ibu Pejabat Mydin USJ. Turut bersama En. Ahmad Iskandar, Ketua Bahagian Operasi YAWATIM.


Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan perancangan dan pembangunan dana waqaf yang lebih holistik. Antara tumpuan perbincangan adalah berkaitan kerjasama strategik di antara MYDIN dan YAWATIM serta perkembangan terkini projek Taman Rimba ASEAN terutama pembangunan Akademi Pengajian Islam Anak Yatim atau Miskin ASEAN (APIA) yang sedang dijayakan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin di atas keprihatinan terhadap Pembangunan pendidikan anak-anak yatim.