18 Julai 2022 – Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan bersama YM Dato Presiden dan Haji Che Mat Che Bakar ( Bendahari PERKAYA ) telah mengadakan kunjungan hormat menemui YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah [ KETENGAH ] di Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun Terengganu. Pertemuan ini bertujuan untuk membuat perbincangan mengenai pelaksanaan Projek Taman Rimba ASEAN [ TRA ] di Kuala Jengal, Dungun. Pihak KETENGAH menyokong pelaksanaan TRA & akan memberikan sokongan dan bantuan yang penuh untuk menjayakannya.


