30 Mac 2021 – CEO YAWATIM Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan telah mengadakan kunjungan hormat menemui rakan-rakan pimpinan POS Malaysia Terengganu iaitu En. Radin Ikon, En.Zawawi, En. Muhd Suhufi & En Azizi. YAWATIM sangat menghargai sumbangan POS Malaysia dalam menguruskan perolehan dana Waqaf untuk pendidikan anak-anak Yatim & anak-anak Miskin dibawah PEYATIM selama ini.

En. Radin Ikon wakil dari Pos Malaysia Terengganu sebagai tanda penghargaan
Semoga perolehan Dana Waqaf dapat dipertingkatkan lagi bagi tahun ini menerusi Kempen Berbakti & Beramal. Pihak Pos Malaysia memberikan sambutan yang sangat baik kepada YAWATIM disemua negeri yang dikunjungi. Syukur Alhamdulilah & Terima kasih.
