YAWATIM

Berita & Aktiviti

kunjungan Hormat Menemui State General Manager ( SGM )Pos Malaysia Negeri Perak


18 April 2022 – CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan telah mengadakan kunjungan hormat menemui Puan Noorzuriha, State General Manager (SGM) POS Malaysia, Negeri Perak. Turut bersama ialah Puan Nurashikin, State Channel Manager ( SCM ), Encik Mohd Hafiz dan Encik Mohd Nur Akmal dari Business Operation & Support Service.

Datuk CEO YAWATIM menyampaikan cenderahati kepada wakil Pos Malaysia Perak

Manakala dari Pihak YAWATIM yang turut bersama ialah Puan Nur Khairunnisa, Pengurus YAWATIM Perak dan Puan Anisa, Eksekutif YAWATIM Perak.
Kunjungan ini adalah sebagai Tanda Penghargaan YAWATIM kepada POS Malaysia yang telah banyak membantu dalam pembangunan Dana Waqaf untuk pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin. Di dalam kunjungan ini, pihak YAWATIM juga berkesempatan bertemu dengan Pengurus Cawangan dan Staf Pejabat POS Besar Ipoh.

Bersama Pengurus Cawangan dan Staf Pejabat POS Besar Perak

Diharapkan kunjungan hormat ini dapat mempereratkan lagi hubungan kerjasama di antara YAWATIM dan POS Malaysia. InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *