YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Hormat PEYATIM & YAWATIM Ke Ibu Pejabat Pos Malaysia

16 Dis 2022 – Kerjasama PEYATIM & YAWATIM bersama dengan Pos Malaysia yang telah terjalin sekian lama diteruskan lagi dengan mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh YM. Prof. Dato Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Eksekutif YAWATIM, YBrs. Dr. Haji Mazlan Bin Haji Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I  YAWATIM, YBrs. Tuan Yun Hanimi bin Haji Yunos, Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM dan Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YAWATIM serta pegawai-pegawai lain.

POS Malaysia pula diwakili oleh Ms. Khazalin Nafsiah Ahmad Ghuzal Head of Retail, Channel Management, Ms. Veronica Paul iaitu Head of Retail Products, Channel Management,  Pn. Yasmin Ramli Head of Agencies, Unit Trust & Financial Services, Channel Management serta Pegawai POS yang lain.

Agenda perbincangan lebih tertumpu kepada plan tindakan untuk tahun 2023 dan pengukuhan hubungan strategik bersama secara berterusan dalam pelbagai aspek bagi memastikan kebajikan pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin sentiasa terjamin.

Pihak PEYATIM & YAWATIM merakamkan setinggi-tinggi  ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak POS Malaysia Berhad yang sentiasa menjadi teraju utama dalam aktiviti pengumpulan Dana Tabung Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin. Semoga segala perancangan, kerjasama dan usaha ini diberkati Allah S.W.T.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *