YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Hormat YAWATIM Menemui Pengurusan Tertinggi Pru-BSN Takaful

13 September 2024 – YAWATIM telah mengadakan satu kunjungan hormat menemui pengurusan tertinggi Pru-BSN Takaful hari ini di Menara Prudential, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. YAWATIM diketuai oleh YM. Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor, Pengerusi Eksekutif YAWATIM dan YBhg. Dr Hj Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM.

Bagi pihak Prudential BSN Takaful Berhad pula diwakili oleh YBrs. En. Wan Safulrizal bin Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad serta pegawai-pegawai kanan yang terlibat.

Kunjungan hormat ini adalah lanjutan daripada pertemuan sebelum ini bagi membincangkan perkembangan terkini kerjasama pintar antara kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini bakal dimanfaatkan oleh anak-anak yatim di bawah Ahli Gabungan PEYATIM serta pewaqaf-pewaqaf YAWATIM melalui tawaran perlindungan Takaful yang bakal diperkenalkan.

Semoga usaha ini dapat melestarikan lagi usaha murni badan korporat seperti Pru-BSN Takaful dalam membantu golongan anak-anak yatim dan miskin serta memberikan manfaat berpanjangan kepada pewaqaf-pewaqaf .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *