YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Hormat YAWATIM Menemui Pimpinan Bank Rakyat

26 Jan 2023 – Bagi memantapkan lagi kerjasama bersama Rakan Strategik, YAWATIM yang diketuai CEO YAWATIM dan pihak Pengurusan YAWATIM telah mengadakan kunjungan hormat menemui pimpinan tertinggi Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat.

Kunjungan ini disambut baik oleh pihak Bank Rakyat  yang diketuai oleh Tuan Haji Zulkarnain Bin Taman [ Chief Retail Banking Officer ], Ustaz Mohd Hanafiah Mohd Nawawi [ Vice President Shariah ], En. Wan Mohd Nahar Othman [ Manager, Waqf, Umrah & Qurban ] serta pegawai lain.

Agenda perbincangan adalah meliputi penambahbaikan jalinan kerjasama sedia ada dan peluang-peluang yang dapat dimanfaatkan bersama dalam memantapkan pembangunan dana untuk pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin. Pihak Bank Rakyat menzahirkan keterujaan melalui perjumpaan ini dan sentiasa terbuka membantu YAWATIM dan PEYATIM dalam segenap aspek bagi memastikan kebajikan anak yatim sentiasa terjamin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *