YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Ke Rumah Anak Yatim Al-Aman, Beaufort, Sabah

10 April 2022 – CEO YAWATIM Datuk Hj Abdul Rahim Hassan bertandang ke negeri Sabah untuk mengadakan lawatan kerja. Dalam lawatan tersebut beliau sempat berkunjung ke Rumah Anak Yatim Al-Aman, Kg Bingkul, Beaufort untuk menyantuni anak-anak yatim di bawah naungan PEYATIM bulan Ramadan ini.

Datuk Pengerusi Sahabat PEYATIM Malaysia, Datuk Haji Rahim bin Hassan memberi ucapan semasa kunjungan ke Rumah Anak Yatim Al-Aman, Beaufort, Sabah.

Kunjungan tersebut turut dihadiri Datuk Seri Azmi Said, Pengerusi Sahabat PEYATIM Sabah, En.Mazhair Shahroz Muhasip, Timbalan Pengerusi, En. Awang Amdan, Pengurus YAWATIM Sabah & Puan Norlilah M Bakir, Wakalah YAWATIM di Sabah.

Kunjungan tersebut disambut oleh Tuan Haji Saupin Samintah, Pengerusi Rumah Anak Yatim Al Aman serta pihak Pengurusan Rumah Anak Yatim Al-Aman. Mengambil kesempatan bulan Ramadan, DATUK SERI AZMI SAID, Pengerusi Sahabat PEYATIM Sabah telah meyumbangkan Duit Raya kepada Anak-Anak Yatim & Pentadbir Rumah Anak Yatim Al-Aman.

Sumbangan duit raya kepada semua Anak-anak Yatim dan Kakitangan Rumah Anak Yatim Al- Aman, Beaufort, Sabah

CEO YAWATIM Datuk Hj Abdul Rahim Hassan yang merupakan Pengerusi Sahabat PEYATIM Malaysia bersama Datuk Seri azmi telah menyampaikan Duit Raya tersebut kepada Anak-Anak Yatim & Kakitangan Rumah Al-Aman. Semoga usaha murni ini diterima oleh Allah SWT dalam bulan yang penuh barokah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *