26 Sept 2022 – Satu lawatan kerja telah dibuat ke Tapak Projek Taman Rimba Asean [ TRA ] @ Kuala Jengal, Dungun Terengganu. Turut hadir di dalam lawatan kerja ini ialah YM Dato Dr Haji Tengku Mahmud Mansor, Dr Haji Mazlan Ahmad, En Yun Hanimi, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, Tuan Haji Che Mat Che Bakar, YM Dr Tengku Khairi A Rahman dan Encik Mohd Hafiz Sidek. Kerja-kerja penyedian tanah sedang giat dijalankan di Tapak Pembinaan Masjid TRA [ Sumbangan OTAI Group Malaysia ].


Lawatan ke Pusat Tahfiz Keusahawanan ASEAN di Hulu Terengganu juga sempat dibuat dimana lokasi yang dilawati akan menjadi pusat sementara sebelum Pusat Tahfiz di TRA siap sepenuhnya dan beroperasi. Mengikut perancangan, dijangkakan pelajar Tahfiz dari 8 negara ASEAN akan memulalan pengajian di pusat tahfiz ini pada bulan Julai 2023.
Selepas sesi lawatan, satu Menyuarat Lembaga Amanah, PERKAYA Agrotech Sdn. Bhd.(Syarikat Pemaju TRA) telah diadakan bagi membincangkan lebih lanjut berkaitan pembangunan dan perancangan Projek TRA.
Semoga Projek TRA berjalan lancar dan semoga Allah SWT permudahkan. Insya Allah.