YAWATIM

Berita & Aktiviti

Lawatan Sadaqa House ke PAYASUM, Melaka

2 Nov 2023 – Team Sadaqa House berkesempatan meninjau ‘progress’ pembinaan baikpulih bumbung dewan makan, dapur dan bahagian dobi di Rumah Anak Yatim Lembaga Pengurusan Anak Yatim dan Miskin (PAYASUM), Sungai Udang, Melaka.

Rumah anak yatim PAYASUM ini didiami oleh lebih kurang 60 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 9 sehingga 17 tahun. Kos bagi projek baikpulih ini adalah sebanyak RM101,352.50 dibawah inisiatif Dana Anak Sadaqa House Bank Islam. Semoga dengan bantuan ini, anak-anak di PAYASUM dapat hidup dengan lebih selesa dan kondusif.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *