10 Jan 2023 – Presiden PEYATIM YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor telah menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baru 2023 yang bertempat di Dewan KTB, Ampang, Selangor kepada semua warga PEYATIM Group. Majlis Amanat Tahun Baru 2023 oleh Presiden PEYATIM ini turut disiarkan secara online ke seluruh organisasi di bawah PEYATIM.


Majlis ini merupakan satu medium untuk PEYATIM menjelaskan perancangan dan hala tuju organisasi di bawah PEYATIM serta hasrat beliau bagi tahun 2023. Sepanjang 33 tahun usia PEYATIM, Presiden PEYATIM turut menzahirkan keprihatinan dan kesiagaan semua warga PEYATIM Group agar sama-sama membantu membuat perubahan selari dengan peredaran semasa.
Semoga Tahun 2023 ini akan menjadikan semua warga PEYATIM Group yang lebih cemerlang, berinovatif dan berdedikasi.

