YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Iftar Amal Koperasi Usahawan Jaya Malaysia Berhad

𝟐𝟕 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓, 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 – YAWATIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KOPUJA (Koperasi Usahawan Jaya Malaysia Berhad) atas penganjuran Majlis Iftar Amal yang telah berlangsung pada 27 Mac 2025 di Restaurant Saprah, Kuala Lumpur. Majlis yang penuh makna ini dihadiri oleh anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah, yang merupakan Ahli Gabungan PEYATIM. Kehadiran mereka membawa kegembiraan dan keberkatan dalam bulan Ramadan ini.

Turut memeriahkan majlis adalah Dr. Haji Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM. Majlis ini juga menyaksikan penyerahan sijil pelantikan Wakalah Korporat YAWATIM kepada KOPUJA, serta penyerahan sumbangan daripada KOPUJA kepada Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mereka berkumpul dan berbuka puasa bersama, tetapi juga menyaksikan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim oleh KOPUJA. Semoga kerjasama ini terus menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan, memberikan manfaat kepada anak-anak yang memerlukan, serta membantu dalam memperkasa pendidikan anak-anak yatim dan miskin di bawah PEYATIM.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *