YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Konvokesyen Kali Ke – 7 University College Bestari ( UCB )

16 Okt 2022 – Seramai 899 pelajar University College Bestari – UCB telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke – 7 yang berlangsung 2 hari 15 & 16 Okt 2022 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam [ TTDI ] Terengganu.

Majlis konvokesyen kali ke – 7 ini turut meraikan Majlis Pemasyhuran Canselor baharu UCB iaitu mantan Tuan Yang Terutama [ TYT ] Negeri Pulau Pinang Tun Dr. Abdul Rahman Abas dan Pro Canselor baharu iaitu YBhg. Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang juga merupakan Sahabat PEYATIM yang sangat komited memberikan sumbangan dan khidmat bakti untuk kemajuan anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

Turut hadir individu penting dalam majlis ini juga adalah YM Prof Dato Dr Tengku Mahmud Mansor, Pengerusi Lembaga Pengelola UCB. CEO YAWATIM Datuk Haji Abdul Rahim Hassan juga turut sama hadir bagi meraikan kesemua pelajar yang bergraduasi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *