30 Jan 2023 – Majlis Pelancaran Pengurusan Sistem Waqaf [ WMS ] telah disempurnakan oleh YM Prof Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM dan disaksikan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, CEO YAWATIM & Pengarah Urusan YAWATIM Resources. Turut serta dalam majlis ini adalah Dr. Haji Mazlan Bin Haji Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM serta En. Mokhtar Bakar, Pengarah Urusan Teknokrat Niaga serta pimpinan tertinggi PEYATIM Group yang hadir.
Sistem WMS yang dibangunkan ini telah diwaqafkan oleh Syarikat Teknokrat Niaga Sdn. Bhd. sebagai Technology Advisor & Provider. YAWATIM juga mendapat sokongan padu daripada Bank Islam & Infaq Pay sebagai Financial Solutions Provider & Payment Gateway.

Portal ini dikenali sebagai ewaqafyawatim.org yang mempunyai ciri-ciri dimensi baru yang akan memudahkan masyarakat melaksanakan ibadah wakaf dengan membuat pilihan pada pelbagai jenis projek atau program yang disediakan oleh YAWATIM dan PEYATIM.
Dalam majlis yang sama, Presiden PEYATIM juga berkesempatan melancarkan KEMPEN BERINFAQ RM10.00 SEBULAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK YATIM DAN ANAK MISKIN.
Melalui platform digital seperti ini, YAWATIM mengharapkan lebih ramai pihak samada secara individu ataupun syarikat untuk tampil dan membantu pihak YAWATIM mengurus dan mentadbir dengan lebih efisen. Orang ramai dan syarikat-syarikat serta organisasi-organisasi juga kini dapat melaksanakan ibadah waqaf dengan capaian lebih pantas, mudah dan berkesan. Diharapkan dengan adanya perkhidmatan digital waqaf ini dapat membantu memperluaskan lagi pembangunan dana untuk pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin.