YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Pelancaran Takaful YAWATIM dan Program Pembangunan Usahawan Profesional dalam Bidang Takaful di UCB, Terengganu

29 Sept 2022 – Majlis Pelancaran Takaful YAWATIM telah diadakan di Dewan Teater, University College Bestari [UCB], Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu Darul Iman dan dirasmikan oleh YM Prof Dato’ Dr Haji Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM dan Pengerusi Eksekutif YAWATIM.

Majlis ini dihadiri oleh En. Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif [ CEO ] Hong Leong MSIG Takaful Berhad, En. Saiful Nizam Shaik Alauddin, Ketua Pegawai Eksekutif [CEO ] Grand Gosh Group [ M ] Sdn Bhd, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YAWATIM, & Prof Dr. Sulaiman Yamin, Naib Canselor University College Bestari [ UCB ]. Selain itu majlis turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat yang mendokong program ini yang terdiri daripada Jawatankuasa Sahabat PEYATIM Malaysia, wakil Hong Leong MSIG Takaful Pantai Timur, wakil badan-badan NGO, pensyarah-pensyarah, wakil ahli gabungan PEYATIM, wakil IPT di bawah PEYATIM serta pelajar-pelajar UCB yang terlibat.

Majlis pelancaran diserikan dengan tayangan video montaj yang turut disediakan dan disertai dengan majlis pertukaran Memorandum Perjanjian [ MOA ] di antara YAWATIM Resources Sdn Bhd, Grand Gosh Group [ M ] Sdn Bhd & Hong Leong MSIG Takaful Berhad. Turut disertakan majlis penyerahan Sijil Hibah Waqaf kepada PEWAQAF di bawah Program Takaful YAWATIM dan penyampaian cenderahati.

Pengisian sempena majlis pelancaran ini juga turut diadakan Kursus Perunding Takaful YAWATIM selama dua hari iaitu pada 28 & 29 September 2022. YAWATIM Resources Sdn. Bhd. menganjurkan Sesi Latihan untuk bakal-bakal Perunding Takaful dibawah Takaful YAWATIM Siri Yang Ke-2. Sesi Latihan ini juga adalah sebahagian dari Program Pembangunan Usahawan Profesional dalam bidang Takaful. Bidang Takaful merupakan kerjaya yang sangat berpotensi untuk diceburi samada secara sepenuh masa [Full Time] atau separuh masa [Part Time] untuk pendapatan sampingan atau pendapatan kedua [Supplementary or Second Income].

Sesi Latihan ini dianjurkan bersama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan UCB. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada warga kerja PEYATIM GROUP, ahli-ahli  Gabungan PEYATIM, ahli-ahli Sahabat PEYATIM, para mahasiswa dan alumni UCB serta Komuniti PEYATIM. Sepertimana termaklum bahawa Takaful YAWATIM adalah satu inisiatif Pembangunan Dana untuk PEYATIM Group menerusi bidang perniagaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *