YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Penyerahan Penajaan Pendidikan Sadaqa House Bank Islam

11 Oktober 2023 – Pada bulan Mei 2022, BIMB telah melancarkan Dana Anak Yatim Sadaqa House.

Selepas setahun, pada masa sekarang 71 orang anak yatim menerima tajaan pendidikan tinggi dan kemahiran sepenuhnya daripada Sadaqa House. Mereka adalah “Sadaqa House kids.”

Ustaz  Nazri Chik dan team Sadaqa House berada di University College Bestari (UCB) membuat simbolik penyerahan tajaan kepada 11 anak yatim yang menuntut di UCB. UCB ialah kolej universiti yang 50% dimiliki PEYATIM dan 30% PERKAYA. Turut hadir tadi ialah Presiden PEYATIM dan PERKAYA iaitu YM Professor Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor.

Tahniah dan syabas kepada anak-anak yatim yang telah berjaya mendapat tajaan. Semoga Allah memberkati segala usaha ini. Semoga 71 anak yatim dapat menyempurnakan pengajian mereka dengan tajaan dari sumbangan orang ramai melalui Sadaqa House ini, seterusnya membawa kebaikan buat diri, keluarga dan negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *