YAWATIM

Berita & Aktiviti

Majlis Penyerahan Sumbangan Amal dari Yayasan Bank Rakyat & Perasmian Kursus Kepimpinan & Jati Diri Pelajar UCB, KTB & IKB

29 Okt 2023, Ahad – Presiden PEYATIM, YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor telah berbesar hati menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan & Jati Diri Pelajar University College Bestari – UCB, Kolej Teknologi Bestari Caw. Ampang & Institut Kemahiran Bestari – Setiu Terengganu.

Majlis Penyerahan “Mock Cheque”  sumbangan amal dari Yayasan Bank Rakyat sebanyak RM45,100 kepada Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM) juga turut diadakan bagi menyatakan simbolik kepada nilai sumbangan tersebut. Penyerahan ini disempurnakan oleh Siti Khaliesah Bt Mohd Fikri, Eksekutif Projek, Jabatan Program Yayasan Bank Rakyat. YAWATIM adalah merupakan organisasi di bawah PEYATIM yang bertanggungjawab untuk mengumpul dana bagi keperluan pendidikan anak yatim dan anak miskin di UCB, KTB, IKB dan yang terbaru APIA.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Dr Hj Mazlan bin Hj Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif 1 YAWATIM,  Prof. Madya Abdul Razak Bin Salleh, Penolong Naib Canselor HEPA UCB dan En. Mohd Hafiz Bin Sidik, Ketua Pegawai Eksekutif IKB dan KTB.

Dalam majlis yang sama juga turut diselitkan Upacara Solidariti Palestin yang telah diseliakan oleh YM Tengku Mujahid Bin Tengku Mahmud, Pengurus Program Kursus Kepimpinan & Jati Diri. Majlis ini disertai oleh 200 orang pelajar termasuk pelajar bukan beragama Islam yang menyertai program ini bagi menyatakan protes terhadap kekejaman rejim Zionis Israel dan penyataan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *