YAWATIM

Berita & Aktiviti

Menerima Kunjungan Hormat Daripada Pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd

5 Sep 2023 – Semalam YAWATIM telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama.

Sesi pertemuan tersebut membincangkan tentang tujuan dan matlamat YAWATIM bagi menjalin kerjasama untuk memperluaskan lagi hubungan bersama syarikat rangkaian yang terdapat di Malaysia.

Alhamdulillah hasil pertemuan dan perbincangan tersebut menyatakan kata sepakat bersetuju menjadi Rakan Strategik YAWATIM untuk bersama-sama membangunkan dana pendidikan anak-anak yatim dan miskin di bawah PEYATIM.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd diatas kesudian dan keterbukaan dalam  membantu YAWATIM. Diharapkan lebih ramai Syarikat Korporat serta persendirian yang turut sama membantu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *