YAWATIM

Berita & Aktiviti

Mesyuarat Bersama Mantan Naib Canselor UNITEN

13 Dis 2022 – Satu mesyuarat  telah diadakan di ibu pejabat PEYATIM & YAWATIM bagi membincangkan tentang hala tuju IPT di bawah PEYATIM. Mesyuarat ini dihadiri oleh tetamu kehormat YB Dato’ Seri Ir Dr Haji Kamal Nasharuddin Mustapa, Mantan Naib Canselor, Universiti Tenaga Nasional [ UNITEN ], YM Profesor Dato Dr Haji Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola, University College Bestari [  UCB ]

Turut hadir bersama YBrs. Tuan Yun Hanimi Bin Haji Yunus, Setiausaha Agung PEYATIM yang juga Ahli Lembaga Pengelola UCB dan Datuk Haji Abdul Rahim Hassan, CEO YAWATIM yang juga merupakan Penasihat Korporat dan Ahli Lembaga Pengelola UCB. Hadir bersama juga dalam mesyuarat ini,  Prof. Madya Abdul Razak bin Salleh iaitu Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa & Pengarah Hal Ehwal Pelajar UCB.

Intipati perbincangan ialah perkongsian YB Dato’ Seri Ir Dr Haji Kamal Nasharuddin Mustapa tentang tadbir urus UNITEN yang boleh diteladani oleh UCB dan lain-lain IPT bawah PEYATIM. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, bengkel berkaitan akan diadakan di UCB, Setiu Terengganu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *