17 Jan 2023 – YAWATIM telah menerima kunjungan daripada pihak BSN iaitu En Roslin Marjumin yang merupakan Pengurus Jabatan Deposit & Pembayaran, En Isrunisyam Ishak iaitu Ketua Seksyen Pengurusan & Perniagaan Ejen Bank, Jab Deposit & Pembayaran serta En. Roslee Misman, Eksekutif Unit Agen Bank .

Kerjasama BSN dan YAWATIM dalam aktiviti pembangunan dana waqaf Pendidikan ini telah terjalin sekian lama. Mengambil kesempatan ini CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan turut berkongsi membentangkan perkembangan-perkembangan semasa yang dijalankan oleh YAWATIM.
Selain itu, agenda yang dibincangkan adalah meliputi aspek pendigitalan perbankan serta memantapkan lagi aktiviti promosi dan pemasaran bagi meningkatkan kutipan melalui agen-agen bank BSN.


Semoga kerjasama ini dapat membantu memantapkan lagi pembangunan dana YAWATIM bagi tahun 2023.