YAWATIM

Berita & Aktiviti

Mesyuarat Lembaga Pengarah YAWATIM Resources Sdn Bhd ke 1/2022

8 Jun 2022 – Mesyuarat Lembaga Pengarah YAWATIM Resources Sdn Bhd ke 1/2022 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PEYATIM, Ampang, Selangor. Mesyuarat dihadiri oleh kesemua Ahli Lembaga Pengarah YAWATIM Resources Sdn Bhd yang terdiri dari YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Encik Yun Hanimi bin Haji Yunus, Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan dan Puan Hajjah Nik Ramas bin Nik Wan.

Ahli Mesyuarat Lembaga Pengarah YAWATIM Resources Sdn Bhd serta wakil yang hadir

Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan yang juga merupakan Pengarah Urusan YAWATIM Resources Sdn Bhd telah membentangkan perancangan serta gerak kerja YAWATIM Resources Sdn Bhd. Segala usul yang dibentangkan telah diterima baik dan telah mendapatkan kelulusan dari semua Ahli Lembaga Pengarah YAWATIM Resources Sdn Bhd. Datuk Pengarah Urusan YAWATIM Resources Sdn Bhd telah memperincikan segala gerak kerja yang akan dilaksanakan pada masa yang mendatang serta tujuan penubuhan YAWATIM Resources Sdn Bhd dalam membantu meningkatkan dana YAWATIM.

Di antara program yang akan dilaksanakan oleh YAWATIM Resources Sdn Bhd yang sangat diterima baik oleh semua Ahli Lembaga Pengarah adalah Cadangan Perniagaan Insurans Islam (Takaful) YAWATIM Resources. Cadangan perniagaan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada YAWATIM Resources Sdn Bhd, bahkan akan memberi manfaat yang sangat besar kepada PEYATIM.

Turut hadir di dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd Saiful Nizam bin Shaik Alauddin, Pengasas Grand Gosh Group dan Encik Moktar bin Bakar, Pengasas Teknokrat Niaga Sdn Bhd yang sudi bekerjasama di dalam program Takaful YAWATIM ini.

YM Prof. Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor bersama Encik Mohd Saiful Nizam bin Shaik Alauddin, Pengasas Grand Gosh Group

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *