11 Jun 2022 – Mesyuarat Majlis Tertinggi PEYATIM ke-34/2022 ( Penggal 2019-2022 ) dan Mesyuarat Setiausaha Ahli Gabungan PEYATIM Ke-10/2022 ( Penggal 2019-2022 ) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan, Selangor.

Mesyuarat dihadiri oleh YM Prof. Dato’ Dr. Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, CEO YAWATIM, Penolong Setiausaha Agung, Penolong Bendahari Agung, Ahli Ex-Officio dan Semua Wakil Ahli Gabungan.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan dimulakan dengan ucapan aluan dari YM Prof. Dato’ Dr. Presiden, YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor. Kedua-dua mesyuarat berjalan dengan lancar lancar mengikut atucara yang telah ditetapkan.
CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan juga telah membuat perbentangan dalam sesi Laporan YAWATIM di dalam Mesyuarat Setiausaha Ahli Gabungan PEYATIM.
