16 April 2022 –Satu majlis penyerahan Surat Lantikan dan QR Code kepada Jawatankuasa Masjid As- Syakirin, Bukit Pinang, Kedah sebagai Waqalah YAWATIM telah diadakan pada petang ini.

Masjid As-Syakirin merupakan Masjid yang pertama dilantik sebagai Wakalah Institusi [ Wakil Kutipan WAQAF ] YAWATIM. Selepas ini lebih banyak lagi Masjid di seluruh negara akan di lantik sebagai Wakalah YAWATIM. Semoga Institusi Masjid dapat sama-sama membantu dalam pembangunan Dana Waqaf.
Kami juga diraikan dengan Majlis Ifftar oleh semua Jawatankuasa Masjid As-Syakirin, Ketua Kampung ( Pengerusi JPKK ) & Ahli-ahli Kariah Masjid As-Syakirin. Setinggi penghargaan diucapkan di atas layanan dan sokongan yang diberikan. Penghargaan juga diucapkan kepada Encik Nor Ekhsan, Pengurus YAWATIM Kedah & Perlis kerana menguruskan pelantikan ini.

Semoga Allah memberi rahmat & keberkatan serta mempermudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.