YAWATIM

Berita & Aktiviti

Perjumpaan dengan Dato’ Seri Barkath, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barkath

16 Ogos  2022 – Pengurus Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Azlan Yusof telah mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Seri Barkath, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barkath di pejabat Kumpulan Berkath, Pulau Pinang. Antara perkara yang dibincangkan dan dipersetujui oleh Kumpulan Berkath secara lisan ialah :

1.Bersetuju untuk mengadakan MOU dengan YAWATIM. Sumbangan CSR- sebanyak 10 sen bagi setiap pembelian botol Sunquick

2.Bersetuju untuk mengadakan MOU dengan Institusi Pengajian di bawah PEYATIM (UCB, KTB, IKB)

i)Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang ingin membuat latihan industri

ii)Memberi peluang pekerjaan mengikut keperluan syarikat bagi graduan yang berkelayakan

iii)Bersetuju menghantar pegawai sekiranya UCB memerlukan speaker untuk sebarang slot ceramah berkaitan keusahawanan

iv)Memberikan harga istimewa sekiranya pihak UCB (kantin, kedai dll) memerlukan produk daripada Barkath Group(Sunquick dll.)

3.Bersetuju untuk menyumbang makanan/minuman(produk Sunquick) kepada rumah-rumah anak yatim di bawah PEYATIM semasa bulan ramadhan.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dengan jayanya. Seluruh warga YAWATIM mendoakan keberkatan dan kejayaan yang lebih besar kepada Kumpulan Berkath. Amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *