YAWATIM

Berita & Aktiviti

Pertemuan bersama CEO Hong Leong MSIG Takaful ( HLMT )

30 Jun 2022 – Datuk Haji Abdul Rahim bin Hassan, CEO YAWATIM dan Pengarah Urusan YAWATIM Resources Sdn Bhd telah membuat pertemuan bersama Encik Mohd Asri Omar, CEO Hong Leong MSIG Takaful ( HLMT ) di Petaling Jaya untuk membincangkan Kolaborasi Strategik diantara PEYATIM & YAWATIM bersama Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) bagi mewujudkan Takaful YAWATIM.

Turut hadir bersama di dalam pertemuan tersebut ialah Encik Saiful Nizam dan Dr. Rostam dari Grand Gosh Group selaku pihak yang memperkenalkan YAWATIM kepada Hong Leong MSIG Takaful ( HLMT ). Dr Rostam menyatakan bahawa YAWATIM dan YAWATIM Resources berada di masa dan detik yang sangat sesuai kerana bersesuaian dengan kalendar Hong Leong MSIG Takaful bermula Julai dan berakhir Jun, sebagai sahabat Peyatim akan dapat turut menyumbang untuk berada dalam statistik sasaran RM625 juta revenue Vs yg tutup 30 June 2022 RM500 juta lebih untuk segmen takaful.
.
Banyak kolaborasi dapat dibincangkan di dalam pertemuan ini, dan diharapkan segala perancangan serta misi YAWATIM Resources sebagai penyumbang dana kepada program Takaful YAWATIM dapat berjalan dengan jayanya dan akan menyumbang kepada YAWATIM dan PEYATIM.

Pertemuan bersama CEO Hong Leong MSIG Takaful ( HLMT ) dan Grand Gosh Group

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *