YAWATIM

Berita & Aktiviti

Pertemuan Dengan Regional Director, Agrobank Regional Office Sarawak

20 April 2022 – CEO YAWATIM, Datuk Haji Abdul Rahim Hassan bersama Pengurus Negeri Sarawak, En Wan Shami Wan Zain membuat kunjungan hormat bagi menemui Encik Abdul Halek Abdullah, Regional Director, Agrobank Regional Office Sarawak dan Encik Kamil Paidar, Head of Sales & Services, Agrobank Regional Office Sarawak.

Perbincangan dibuat mengenai kerjasama Strategik di antara YAWATIM dan AGROBANK dalam membangunkan Dana Waqaf Pendidikan Anak-anak Yatim dan Anak-anak Miskin yang diperjuangkan oleh YAWATIM. Diharapkan agar Agrobank boleh menjadi satu lagi Wakalah Institusi kepada YAWATIM. Agrobank mempunyai 137 cawangan diseluruh negara dengan rangkaian Kiosk, Agro Corner & Agent Banking yang menyeluruh di seluruh negara. Semoga kerjasama strategik ini akan terjalin dengan jayanya dan menjadi Perintis kepada insitusi-institusi yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *