YAWATIM

Berita & Aktiviti

Program Kolaborasi di antara Sahabat PEYATIM Kedah dan UUM

15 dan  16 Sept 2022 –  Sik, KEDAH – Satu Program kolaborasi telah diadakan di antara Sahabat PEYATIM Kedah & Unit Bahasa Antarabangsa SLCP UUM di Rumah Gemilang, Sik, Kedah. Program International language games ini turut menampilkan wakil E-Idaman dengan topik berkaitan Kitar Semula.

Turut hadir ialah Tn Hj Abd Rahman, Penolong  Setiausaha Rumah Gemilang. Ahli Sahabat PEYATIM Kedah sudi berkongsi penajaan dalam bentuk waqaf ilmu. Sejumlah wang sumbangan daripada ahli Sahabat PEYATIM Kedah juga telah disampaikan kepada Pn Halimatun Saadiah, AJK Rumah Gemilang. Pada 16 Sept 2022, seramai 11 orang warga SLCP (dari pelbagai bangsa dan agama) telah menyerahkan borang keahlian Sahabat PEYATIM di dalam majlis makan tengah hari di kediaman salah seorang AJK Sahabat PEYATIM Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *