YAWATIM

Berita & Aktiviti

Program Latihan Perunding Takaful YAWATIM

7 Julai 2022 – Bertempat di Pusat Latihan Hong Leong MSIG Takaful, Menara Raja Laut, satu Program Latihan Perunding Takaful YAWATIM telah diadakan selama 2 hari bermula 6 Julai 2022 hingga 7 Julai 2022. Program latihan ini disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kakitangan YAWATIM, UCB, KTB dan juga Ahli Sahabat PEYATIM yang hebat yang sudi membantu YAWATIM dalam menjadi penggerak kepada Takaful YAWATIM.

Bergambar kenangan bersama orang-orang hebat Takaful YAWATIM

Setinggi penghargaan diucapkan kepada YM Prof Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansur, Presiden PEYATIM kerana sudi menyampaikan amanat dan ucap utama serta merasmikan Program Latihan Perunding Takaful YAWATIM pada 6 Julai di Menara Raja Laut. Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada YBhg Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal tanah air kerana sudi hadir dan berkongsi pengetahuan serta memberi panduan serta semangat kepada semua perserta semasa Program Latihan Perunding Takaful ini.

Turut hadir semasa program ini iaitu Encik Mohd Asri Omar, CEO Hong Leong MSIG Takaful. YAWATIM sangat menghargai dan mengharapkan kerjasama ini akan memberikan satu manfaat yang amat besar kepada PEYATIM amnya dan kebajikan anak-anak yatim umumnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *