YAWATIM

Berita & Aktiviti

YAWATIM Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Wasiah Shoppe Berhad, Kausar &  Al-Amin Group

30 Nov 2023 – Semalam YAWATIM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 3 entiti agensi perlindungan insurans iaitu Wasiah Shoppe Berhad, Kausar &  Al-Amin Group.Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Presiden PEYATIM yang juga Pengerusi Eksekutif YAWATIM YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor bersama wakil agensi perlindungan takaful iaitu Puan Raihan Ishak dan Puan Suzana Abu Bakar.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pembangunan program wakaf dengan menawarkan pembayaran khusus untuk waqaf selepas kematian pemegang polisi yang akan dimanfaatkan kepada pembangunan pendidikan anak-anak yatim dan miskin di bawah PEYATIM.

Dengan kerjasama ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat untuk memiliki perlindungan takaful dan amalan berwakaf. Semoga melalui program dana waqaf terancang ini berupaya mendokong kelestarian pembangunan dana  YAWATIM dalam membantu pendidikan anak-anak yatim dan miskin di bawah PEYATIM.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *